Skuad wanita masih jauh untuk dinilai




Selasa, 11 Oktober 2011 
Source: D5 Sports

Image © D5 Sports 
Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata skuad wanita yang baru saja dua bulan di bentuk perlu menimba banyak pengalaman.

KUALA LUMPUR, (D5) - Pengerusi jawatankuasa bola sepak wanita, Tan Sri Annuar Musa tidak mahu skuad bola sepak wanita di samakan dengan skuad  lelaki memandangkan pasukan itu baru dua bulan di bentuk bagi mengadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF wanita di Vientiane, Loas, 16 Oktober ini.
Kejayaan tidak datang sekelip mata dan pelbagai cabaran perlu dihadapi skuad wanita yang baru saja di bentuk selepas pembubaran skuad itu ekoran prestasi hambar di Sukan Sea, Laos lalu.
Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata kejohanan itu bukan semata-mata mengejar kejuaraan sebaliknya menganggapnya kayu ukuran buat pemain sebelum program pembangunan dan pemasaran bola sepak wanita mampu dilaksanakan.
Ketua Jurulatih skuad kebangsaan wanita, Jacob Josepth pula menganggap ianya masih terlalu jauh buat skuad wanita untuk dinilai dan kelemahan jelas ketara ketika mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bertemu Singapura dan Thailand baru-baru ini.
Ketiadaan penyerang dan juga penjaga gol berwibawa serta pemain yang masih kurang pengalaman perlu digilap dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Seramai 20 pemain mewakili skuad negara bakal berlepas ke Vientiane pada 14 Oktober ini.