Selasa, 11 Oktober 2011
Source: D5 Sports
Source: D5 Sports

Image © Arep Kulal
Pemain Selangor Bunyamin Omar diasak pemain Perak dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Selangor.
Pemain Selangor Bunyamin Omar diasak pemain Perak dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Selangor.
KUALA LUMPUR, (D5) - Jurulatih Selangor, P. Maniam terkejut dengan aksi luar biasa skuadnya selepas berjaya meranapkan reputasi cemerlang Perak pada suku akhir pertama saingan Piala Malaysia.
Selangor yang mempamerkan aksi yoyo dalam peringkat kumpulan D kembali bertenaga apabila sedar misi 33 adalah satu-satunya sasaran utama mereka ketika ini.
Bagi Maniam, ia satu detik kebangkitan yang amat ditunggu-tunggu seluruh peminat Red Giants dan kini Maniam menagih lebih banyak aksi garang pada suku akhir kedua menentang Perak, 14 Oktober ini.
Sementara itu, Jurulatih Perak, Norizan Bakar yang kecewa dengan keputusan ini tampak mula mencogak nasib pasukannya dan nekad untuk memperjudikan segala kekuatan yang dimiliki di Stadium Ipoh.
Terdahulu, Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila menyumbat 2 gol penting menerusi sepakan percuma pada minit ke 12 dan 57.
Kesempatan itu turut diambil Mohd Amirulhadi Zainal yang memberikan keselesaan untuk gol ketiga pada minit ke 62 selepas bijak menggunakan peluang di hadapan gawang Perak.
Bagaimanapun, penyerang Perak Mohd Failee Ghazali enggan membenarkan laluan mudah buat Selangor seleps berjaya meledak 1 gol di tempat lawan pada minit ke 75.