Isnin, 10 Oktober 2011
Source: D5 Sports
Source: D5 Sports

Image © Arep Kulal
Pemain Felda United Mohd Nizam Abu Bakar cuba melepasi pertahanan Sarawak dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. (Gambar Arkib)
Pemain Felda United Mohd Nizam Abu Bakar cuba melepasi pertahanan Sarawak dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. (Gambar Arkib)
KUALA LUMPUR, (D5) - Biarpun Negeri Sembilan mendominasi permainan dan kerap melakukan serangan berbahaya namun ia tidak cukup berupaya menghasilkan gol malah lebih mengecewakan, mereka tewas tipis 1-0 kepada skuad Felda United.
Dalam pertemuan suku akhir Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Petaling Jaya itu, Felda meraih gol tunggal mereka menerusi jaringan K. Rajan pada minit ke-60 selepas menerima hantaran cantik disebelah kiri oleh Farderin Kadir.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan mula meningkatkan usaha dan mempamerkan aksi bertenaga namun sering kali dinafikan barisan pertahan Felda.
Percubaan demi percubaan dilakukan didepan pintu gol Felda yang kerap menyaksikan keadaan kelam kabut berlaku. Negeri Sembilan meraih peluang terbaik pada minit ke-72 apabila bola sentuhan pemainnya hanya dinafikan tiang gol.
Terdahulu di separuh masa pertama, Negeri Sembilan dilihat agak leka dengan membuat hantaran-hantaran ke belakang sekaligus mengeheret mereka ke situasi terdesak. Ditambah pula tiada penyudah oleh barisan penyerangnya, skuad yang diketuai oleh Shukor Adan semakin buntu untuk mencari gol.
Penjaga gol Felda, Mohd Hamsani yang dipaksa bekerja keras harus dipuji apabila tangkas mempertahankan kubu mereka.
Felda yang turun sebagai pasukan bukan pilihan jarang-jarang melakukan serangan kilat dan turut sering kali mudah membaca oleh barisan pertahanan Negeri Sembilan yang dikeuai Norhafiz Zamani Misbah.
Pun begitu, Rajan yang bijak menterjemahkan peluang pada minit ke-60 sudah cukup membezakan kedudukan kedua-dua pasukan.
Dalam pertembungan di Pantai Timur, Terengganu menang 3-1 di tempat sendiri ke atas Kelantan yang menyaksikan lima kad merah dilayangkan buat kedua-dua pasukan.
Sabah bakal berkunjung ke Kuala Terengganu dengan keputusan tidak menyebelahi mereka apabila tumbang 2-1 kepada T-Team.
Sabah bakal berkunjung ke Kuala Terengganu dengan keputusan tidak menyebelahi mereka apabila tumbang 2-1 kepada T-Team.