Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Preah Khan Reach sudah mengemukakan permohonan rasmi namun sehingga kini keputusan sama ada membenarkan penyertaan kelab itu masih belum dibuat.
“Kami menerima permohonan kelab dari Kemboja itu untuk menyertai pertandingan Piala FA musim depan bagaimanapun perkara ini akan diputuskan apabila perjumpaan bersama sempena Mesyuarat Majlis AFF (Persekutuan Bola Sepak Asean) di Vientiane, Laos Sabtu ini.
“Kehadiran kelab dari Kemboja ini selain Singapura (Young Lions) dalam kancah bola sepak tanah air musim depan pastinya akan menjadikan saingan lebih kompetitif dan menarik minat ramai peminat tempatan.
“Selain itu penyertaan pasukan luar ini juga harus dilihat dalam aspek mengeratkan lagi rangkaian perhubungan antara kedua-dua negara,” katanya.