Hazman lelaki bujang duduk di rumah sewa berseorangan, malam itu dia di datangi oleh sekumpulan JAIS ke rumah.
Salah seorang ahli JAIS mengetuk pintu rumahnya.
Hazman: Siapa?
JAIS: Kami Jais!
Hazman membuka pintu.
JAIS: Assalamualaikum.
Hazman: Waalaikummussalam, ada apa encik?
JAIS: Kami dapati ada perempuan di dalam rumah ini.
Hazman: Perempuan? Tak adalah Encik. (Muka Cuak)
JAIS: Kalau macam kami nak periksa rumah ini.
Hazman: Silakan.
Hazman berasa hairan siapa yang membuat aduan palsu sebegitu terhadapnya, ahli JAIS periksa semua termasuk syiling rumah tapi tiada perempuan di dalam rumah itu.
JAIS: Alhamdulillah tiada perempuan di dalam rumah kamu, kalau begitu kami mungkin mendapat aduan palsu, maaf mengangu saudara.
Hazman: Tidak mengapa, saya faham agama kita tegah maksiat saya tak buat perkara yang sedemikian.
JAIS: Kalau begitu kami beransur dulu, Assalamualaikum.
Hazman: Waalaikummussalam.
Selepas JAIS beredar telefon Hazman berbunyi.
Hazman: Hello, Ha Jeff ada apa?
Jeff: JAIS datang rumah kau kan? (gelak terkekeh-kekeh)
Hazman: Mana kau tau?!
Dari belakang Jeff beramai-ramai sebut: AFRIL FOOL!
Hazman: BABI!!! DAH LA BUAT AKU CUAK, AKU TAK KIRA MALAM NI AKU BAKAR RUMAH KORANGGG!!!